Wednesday 25 May 2011

Majlis Perasmian 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG 1MC)

backdrop Majlis


“1Malaysia Green 1Malaysia Clean” yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Kempen ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia pada 18hb Julai 2010 bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

Kempen ini dilaksanakan bertuan memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat-tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. Kempen ini yang berteraskan tagline “Think Tourism Act Tourism” meningkatkan kesedaran tentang implikasi ke atas industri pelancongan dan membuka minda setiap rakyat Malaysia agar sama-sama menjaga kebersihan dan memastikan negara kita sentiasa bersih dan indah.

Sehubungan  dengan itu, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama Tourism Malaysia Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah mengadakan Majlis Perasmian “1Malaysia Green 1Malaysia Clean“(1MG 1MC) pada 24hb Mei 2011 bertempat di Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi, Johor.  Majlis ini juga mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Johor.
Y.B Tuan Seong Chang dan En.Rashidi bersama maskot program
Aturcara Majlis
9.30pagi                     : Ketibaan dif-dif jemputan
9.55pagi                     : Ketibaan Y.B Tuan Hoo Seong Chang, Exco Pelancongan Negeri Johor
10.00pagi                   : Sambutan dan ramah mesra bersama jemputan
10.10pagi                   : Persembahan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia bersama semua tetamu
10.30pagi                 : Ucapan aluan oleh En.Rashidi bin Hasbullah (Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan Malaysia), Ucapan Perasmian oleh Y.B Tuan Hoo Seong Chang (Exco Pelancongan Negeri Johor), Gimik Pelancaran Program 1Mg 1MC oleh Y.B Exco Pelancongan Negeri Johor, Penyampaian cenderahati oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Johor kepada Y.B exco pelancongan Negeri Johor, tetamu khas bergerak ke Gerai Pameran, Acara melontar ‘Mud Ball’ ke kolam oleh tetamu khas dan peserta.
11.00pagi                  : Jamuan ringan
11.15pagi                  : Sidang media, peserta bergerak untuk bengkel pembuatan ‘Mud Ball’
1.00tgh                     : Jamuan makan tengahari dan rehat
2.15petang            : Persembahan video mengenai ‘3R Awareness’ (reuse, reduce, recycle), Taklimat 3R Awareness Program
3.00petang            : Program Gotong Royong / menanam pokok
4.00petang            : Jamuan minum petang
4.30petang           : Program tamat

Gimik perasmian bentuk 1 dipenuhi dengan buah-buahan tempatan
Majlis ini telah dihadiri oleh 40 orang pensyarah dan kakitangan sokongan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti termasuklah Ketua Jabatan, Cik Hajah Rosnah binti Rahmat serta Ketua Program Unit Pelancongan dan Hospitaliti. Program satu hari di Desaru Fruit Farm sangat memberi makna kepada semua yang terlibat kerana kami bagaikan menghadiri satu pesta buah-buahan.

En.Rashidi dalam ucapannya menyatakan bahawa pemanasan global telah mengakibatkan penurunan dalam industri pelancongan negara. Ranking Malaysia dalam industri pelancongan telah menurun akibat daripada kebersihan dalam negara yang semakin di abaikan. Negara Malaysia kaya dengan khazanah bernilai yang boleh dijadikan tumpuan pelancong.
sesi bergambar bersama semua yang terlibat
Dalam ucapan Y.B Tuan Seong Chan pula menyatakan, terdapat 2 jenis peekataan yang sinonim dalam industri pelancongan iaitu pelawat dan pelancong. Pelawat hanya bertandang ke dalam negara dan hanya singgah untuk tujuan tertentu. Pelancong pula ialah individu yang bermalam dan sekurang-kurangnya telah membelanjakan wang untuk pellbagai tujuan seperti penginapan, pengangkutan dan makanan. Hal itu seterusya akan meningkatkan keuntungan negara.
Gimik perasmian Majlis yang sangat menarik kerana bentuk nombor 1 telah dihias dengan pelbagai jenis buah-buahan yang ada di Malaysia seperti buah jambu, nenas, mangga, buah naga dan pisang. Seterusnya buah-buahan tersebut diagihkan kepada semua peserta yang hadir ke majlis tersebut.



kenangan bersama pintu gerbang yang dihasilkan daripada buah nenas

Langkah kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dalam negara haruslah dipuji. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kebersihan negara, usaha ini harus mendapat kejasama pelbagai pihak. Pihak masyarakat yang terlibat dan ingin menyokong usaha ini bolehlah melayari lawan web khas untuk program ini, www.1malaysiagreenandclean.com.my. Para pelajar khususnya haruslah memainkan peranan dalam usaha mencapai hasrat negara menjadikan negara bersih dan indah di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

~give some comments to share knowledge~