Sunday 15 May 2011

Karnival Khidmat Masyarakat

ucapan dari Wakil Ketua Kampung

Peramian Karnival oleh Tuan Syed Sheikh

en.Hadi menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Program

pelajar bergambar kenangan bersama keluarga angkat

Keluarga Angkat Kg Perigi Acheh

Senaman pagi sebelum mula acara

kempen derma darah

pemeriksaan kesihatan
KAMPUNG PERIGI ACHEH DEKAT DIHATI PELAJAR POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Pelajar Politeknik Johor Bahru bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan sewaktu menempuh alam pengajian, tapi pelajar telah diserapkan sahsiah diri yang tinggi disamping menambahkan nilai-nilai murni.
Satu program yang bertemakan ‘Berbakti kepada Komuniti Masyarakat’ telah dirasmikan oleh Tuan Syed Shikh bin Syed A.Kadir selaku Ketua Jabatan Hospitaliti dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Ketua Kampung Perigi Acheh dan penduduk kampung.
Lokasi Kampung Perigi Acheh yang terletak berhampiran kawasan perindustrian telah membuktikan bahawa masih ada kampung yang mengamalkan cara hidup yang sederhana dalam suasana yang akrab antara penduduk kampung. Jika dilihat dari segi jati diri ataupun nilai murni yang ada di kalangan pelajar mahupun penduduk bandar pada hari ini, ianya amat jarang ataupun tidak di praktikkan langsung. Bersua muka dengan jiran sendiri pun tidak dilakukan, apatah pula beramah mesra.
Karnival Khidmat Masyarakat telah dirangka dan dianjurkan oleh pelajar Diploma Hotel dan Katering semester lima bagi melengkapkan syarat kursus Pengurusan Majlis. Program dua hari pada 16hb dan 17hb oktober 2010 yang bertempat di Kampung Perigi Acheh telah banyak memberikan impak yang positif pada diri setiap pelajar. Program ini bukan sahaja melengkapkan syarat kursus, malah meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta menonjolkan sifat kepimpinan yang ada pada diri setiap peserta. Program ini telah banyak meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam usaha berinteraksi dengan pihak-pihak terlibat bagi menjayakan program ini. Hal ini di pandang remeh oleh sesetengah pihak kerana beranggapan program ini hanyalah program yang mana akan menyusahkan pelajar dan menggunakan kewangan yang banyak. Namun sebenarnya, inilah platform ataupun satu tempat yang boleh digunakan oleh pelajar bagi membetulkan kesilapan ataupun menambahkan kekurangan dari segi kemahiran yang ada pada diri setiap pelajar.
Pengisian program yang banyak melibatkan penduduk kampung dipenuhi dengan program keluarga angkat yang mana setiap ibu bapa angkat akan menerima tiga hingga empat orang peserta. Peserta akan berkenalan dan mempelajari cara hidup ibu bapa angkat masing-masing dalam suasana dan persekitaran yang berbeza dengan kehidupan pelajar yang sebenar. Selain itu, program ini turut mendapat kerjasama dari pihak Hospital Sultan Ismail dan Pejabat Kesihatan Pasir Gudang dalam usaha memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung dan juga program derma darah. Sukaneka juga diadakan untuk kanak-kanak dalam usaha untuk menghiburkan anak-anak di Kampung Perigi Acheh.
Keterlibatan pelajar dalam program seperti ini amat sesuai untuk menjana minda pelajar supaya lebih berfikiran terbuka dan bijak membuat keputusan. Program ini telah membuktikan bahawa pelajar Politeknik Johor Bahru bukan sahaja memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang dipelajarinya malah memiliki sahsiah diri yang mampu menjadikan pelajar ini insan yang berdedikasi dan berwibawa apabila berada di alam pekerjaan kelak.

No comments:

Post a Comment

~give some comments to share knowledge~